Tuesday, May 26, 2009

Jauh perjalanan luas pandangan

Salam ke atas semua isi alam.

Lama aku tidak menulis di blog yang kucipta untuk menulis ini. Apa dah jadi? Aku berhenti hanya baru 3 kali aku menulis.

Baiklah, aku harap selepas ini aku akan sentiasa dan terus mencatatkan segala apa yang terlintas di fikiran bagi pedoman atau hiburan bersama.


Tanggal 13 Mei aku dan suami menerima jemputan sahabat suami ku di Kota yang sarat dengan cerita tentang hidup.

Kami menaiki pesawat KLM (Royal Dutch) yang singgah di KLIA untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan penerbangan ke Jakarta. Dengan tambang yang dirasakan mampu buat kami.. lalu kami turut menjadi isi perut pesawat yang mendarat di BANDARA Soekarno Hatta jam 6pm waktu tempatan.

Setiba di sana, kami di approach (dengan izin) oleh beberapa orang anak jati Indonesia yang mencuba pelbagai cara untuk mencari rezeki. Ada yang menawarkan teksi (senario yang biasa dilihat di mana-mana airport di dunia ).

Kami juga didekati pemuda2 yang menawarkan beberapa sim card telefon untuk digunakan ketika di Jakarta. Lalu suami ku membeli dua kartu XL keluaran TM (rupa-rupanya... wah handal lah TM dari Mesia ni ek..) untuk kami gunakan nanti.. (tau2 jelah aku mungkin ke hulu.. suami mungkin ke hilir... jadi senang lah nak telpon).

Setelah hampir setengah jam menunggu.. teman suamiku sampai. Coulibaly atau haji Ismail Coulibaly memohon maaf kerana kelewatan. "macet" bilangnya dalam bahasa Indonesia. Coulibaly telah lebih 10 tahun menjadi perantau di bumi Jawa ini.

Kami dihantar ke hotel yang berdekatan dengan tempat Coulibaly berniaga.

Keesokan hari, aku mula merancang mahu berjalan-jalan. namun kerana perbezaan budaya aku dan suami tidak membolehkan aku berbuat demikian. Aku dan suami akan dibawa menziarah kesemua warga afrika yang berada di Petamburan, Tanah Abang. Mengikut budaya mereka, kami harus berjumpa dan salam mereka sebaik tiba di sesuatu tempat (apatah lagi kami ini sebagai orang datang atau tetamu). Coulibaly membawa kami menemui lebih 20 warga afrika di sana yang kebanyakan dari Mali. mereka menjadi pedagang di bumi Jawa sejak awal 90an. melihatkan mereka telah mempunyai bangunan sendiri (ASIA-AFRCIA TRADE CENTER -ATC), Aku berfikir... wah tentu mereka mendapat untuk besar berniaga di sini.. kalau tidak, masakan mereka sanggup meninggalkan negara sendiri. Rata-rata mereka menjalankan perniagaan menjadi pemborong pakaian dari Indon dan dieksport ke Afrika; beberapa negara.


Berbalik kepada aktiviti menziarah yang diketuai Coulibaly. jenuh aku ikut dia.. dia berjalan macam pelumba walkathon masa 31 ogos beb!


Selesai ziarah (walaupun masih ada yang tak terziarah kerana ada yg tak ada kat opis masa tu.. lantaran ke Bnadung dan sebagainya), kami di bawa ke gerai sate kambing afrika yang popular di indonesia. Baru lah aku tahu rupa-rupanya pak aji coulibaly ni dah pemes satu indon lantaran sate kambingnya yg spesial kalau tak caya.. cuba anda "type sate kambing afrika" ... byk artikal pasal tu akan anda jumpa di internet...


sampai sini dulu ya hari ni. Besok aku sambung lagi catatan perjalanan di bumi Pramoedya Ananta Toer ini...