Thursday, March 19, 2009

Bismillahirahmanirrahim

Segala pujian bagi Allah swt, yang Maha Besar, Pencipta seluruh alam.
Selawat ke atas Rasul, Muhammad s.a.w.

Aku bersyukur diberi nikmat Allah untuk hidup dan menikmati segala yang dikurniakanNya. keranaNya aku bernafas, keranaNya aku dapat merasa nikmat dunia.. dan kerananya juga aku bisa menulis. Walaupun tulisanku seterusnya nanti mungkin tidak sehebat mana, Aku tetap bersyukur kerana masih boleh berfikir untuk menghasilkan patah-patah perkataan untuk dijadikan ayat...

Semalam aku telah mendapat ilmu yang mahal harganya dari seorang teman. Bertitik tolak dari kisah teman rapatku yang menghadapi masalah paling ditakuti wanita/isteri adalah apabila suaminya ingin berkahwin lagi. Dari sini aku cuba bertanya pendapat temanku yang aku hormati kerana ilmu dan kematangannya. Setelah mendengar "ceramah" dan penerangannya akan hukum dan ketentuan Allah, aku pasrah. Aku mula sedar bahawa sebagai hambaNya, kita perlu redha pada setiap ketentuanNya. Keredhaan adalah sesuatu yang amat berharga walaupun amat sukar dilakukan.
Untuk redha dengan ujian Allah, kita harus melihat satu jalan sahaja, iaitu; segala yang dilakukan adalah KERANA ALLAH. Dari itu, tidak ada kompromi untuk memikirkan yang lain selain memilih jalan Allah apabila kita membuat sesuatu keputusan.
-REDHA LAH DENGAN SETIAP UJIAN ALLAH-
Wallahualam

3 comments:

  1. Congratulations. You have a writing blog now

    ReplyDelete
  2. tq tojo for dropping by.

    ReplyDelete
  3. Salam kak sue, interesting blog. apa addy blog yg pasal kek tu?

    ReplyDelete