Friday, March 20, 2009

Kisah dan Tauladan

Bunyi tajuk aku ni, macam cerita kanak-kanak je kan? Kisah Harimau dengan Sang Kancil ke?
Eh tak lah...
Aku nak share pasal cerita kawan aku lah. Kawan pempuan aku ni umur dah 41. Dah dalam lingkungan yang sepatutnya matang lah...

Baru-baru aku diberitahu bahawa dia sedang asyik masyhuk bercinta dengan seorang mat saleh dari UK(duduk sana lah). Dia kenal pun dari social network.. yang sekarang ni memang popular... berkenalan melalui rangkaian2.. lah..
Dijadikan cerita, kawan aku ni pun telah jatuh cinta dengan itu mat saleh. katanya mereka sudah saling mencintai... (cuma menerusi internet dan telefon- perkenalan yang cuma tak sampai dua bulan beb!!)
menurutnya, mat saleh tu dah suruh dia view rumah kat KL , kalau berkenan, mat saleh tu nak belikan kat dia le... (harga rm1 million tuh...)

Aku kata, hah, apa lagi cari je lah... (dalam hati aku, eh takkan takde apa2 in return kalau org nak bagi sesuatu kot.. tapi diam je lah.. tak baik bersangka buruk).

Tadi kawan aku memberitahu bahawa lelaki tu ajak dia kawin. Oh boy!!! Aku kata, kalau kau suka, kawin je lah...
Tapi kata kawan aku, mat saleh tu nak dia gi Uk dulu, jumpa dia...
aku pun mula naik angin!!!!!!!
Aku mungkin konservatif... tapi aku tetap berbangga dengan prinsip yang aku pegang....
Aku mula berkhutbah pada kawan aku... "Pls, stand on your cultural lah..." (aku tak sebut pasal agama... sbb aku ni siapa nak bicara pasal tu kan?). aku kata "sebagai orang Melayu, tak wajar kita gi jumpa orang tu, panggil lah dia datang sini" Dia tetap menegakkan pendapat dia... Dia insists nak gi sana. cuma masalahnya, dia tak tau nak beritahu "bopren" dia (suami orang) yang ada kat Mesia ni... uhhhhh... complicated!!!

Sebelum ni aku pernah bagitau dia.. jgn cuba main2 dengan api.. jgn cuba benda2 macam ni... pasal cinta.. orang boleh membunuh.. (walya'uzubillah). tapi dia mungkin tak berapa dengar dengan nasihat aku.. atau mungkin dia buat2 tak dengar...

Sekarang ni aku tak tau nak nasihat maca mana lagi kat kawan aku tu.... dah pernah kawin, dah ada anak.. harap dia dah matang lah... tapi macam ni pulak jadinya....

Hanya yang mampu aku lakukan, adalah berdoa... Semoga Allah membuka mata hatinya ke jalan yang benar. Ameen.

4 comments:

  1. wah2 kes parah nih... takut dia dibutakan oleh cinta.
    Kak... cepat2lar tambah apa yang patut kat blog nih, communication box ker... senang tinggal pesan heheh

    ReplyDelete
  2. Nik, tqvm kerana singgah. Alamak.. nanti le akak tambah features tu semua... sekarang ni ala-ala bz lah...

    ReplyDelete
  3. isk bahaya ni kak, yg kat mesia pun boleh kena tipu ni kan lak nak pegi sana. kalu rumah baru nak beli tu jutaan harganya tak kan datang mesia tak leh.

    ReplyDelete
  4. taman sekebun bunga.... tu lah pasal.kami kengkawan dia, sdg usaha utk halang dia pegi sana. dgr2nya nak ke UK 13th april ni... mintak2 lah rancangan dia gagal kalau mat saleh tu ada niat tak betul.

    ReplyDelete